KELAS-TEMPAHAN-JUALAN BUKU2 MANIK (019-3440384)

By: Nor Zalmilah

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  2  [3]  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Friday, 10-Apr-2009 06:55 Email | Share | | Bookmark
MAJLIS MAKAN MALAM FTIMdc

Assalamualaikum kawan2 semua,

hehehhe..malas nak update coz tak de gambar lah...tapi tak pe lah,kita cerita je lah ek..

Walaupun sebenarnya banyak halangan nak pergi makan malam ni,akhirnya dapat jugak pergi. terima kasih banyak-banyak pada Mai yang sudi membawa ku bersama2..hehehhe

memang best malam tu...walau tak sempat nak berkenalan dengan semua, tapi dari kejauhan dah kenal lah dengan"beauty & the beads"..cantik orangnya . Nampak juga Nora dari dekat.comel..
saya duduk semeja dengan Mai dan kawannya Yanti, dan 4 orang peserta malam tu. (yana,nida,kak tina dan rohana).Memang tak sempat nak betul2 berkenalan, mungkin satu hari yang lain nanti.Insyaallah...

Yana, tak update coz tak de gambar lah yana..anyway salam perkenalan ek..saya selalu datang putrajaya,free2 nanti boleh g minum2 sambil bersembang.. keep on beading yer..i betul2 suka ur design..nice & kemas...

Sue,alahai sue,x de gambar lah...x bawak camera pun..tak pe sue,next year pastikan join yer..best taw..

Beauty, anggun pakaian u malam tu.memang sesuai dengan tema "traditional dan glamour". Ya,harap di lain masa boleh jumpa dan borak-borak panjang..

Nora,memang surprise betul dengan thropy tu..heheheh. Anyway,thanks banyak2 pada Rj yang sudi bagi penghargaan tersebut, tu lah,x sempat nak borak2 dengan u,ekceli i banyak dengar tentang u melalui RJ... mungkin boleh jumpa di lain masa nanti...tengok u pun bz betul malam tu..salam perkenalan..

kepada semua pemenang,tahniah di ucapkan. yang tidak berjaya,jangan berputus asa...tahun depan pulun habis2. Walau x menang,semangat para peserta harus dipuji. berani mencuba..

sekian,tu je lah ceritanya...


Monday, 30-Mar-2009 05:05 Email | Share | | Bookmark
Baju Hafidz' mum

badan & lengan
lengan
close up
fp ni bukan bersawang lagi..sampai x tahu nak panggil apa dah..lately memang x banyak masa nak mengulit fp/blog..banyak komitmen lain..esp nak kemas2 rumah,..masukkan barang2 dalam kotak..hehhe macam nak pindah jek?..biarlah rahsia..

seperti selalu,memang x pandai nak bg nama apa..design ni lebih kurang macam "baju nikah ina"..
kain jenis chiffon..letak kertas bergam kat belakang bunga je..x boleh put kat whole design coz nanti nampak bayang kertas bergam tu..tak cantik plak..

kepada yang telah belajar sedikit sebanyak ilmu jahitan manik,anda juga boleh buat design ni. ia adalah kombinasi jelujur 1 manik,bunga labuci (sama ada dahlia/lily)..cuma perlu sabar & tekun jek..



Baju Yus & Rose still WIP,terima kasih di atas kesabaran anda..


Friday, 6-Feb-2009 09:42 Email | Share | | Bookmark
BLOG BARU

SALAM...

RAMAI YANG EMEL/CALL/SMS SUSAH NAK TGK GAMBAR2 KAT DLM FP NI..SO SAYA TELAH CREATE 1 BLOG..SENANG2 BOLEH TGK http://zalmilah.blogspot.com
RASANYA LEBIH MUDAH..SESIAPA YANG NAK TANYA TTG KELAS,G LAH SANA K..

JUMPA DI SANA YER..

BUKU-BUKU YANG SAYA IKLAN KAN DI SINI (TGK PAGE 2 & 3) SENTIASA ADA STOK. JIKA KEHABISAN STOK,SAYA AKAN MAKLUMKAN.

UNTUK MEMUDAH KAN U ALL CHECK BAPE KOS PERLU DIBAYAR UNTUK BUKU2 YANG DIMINATI,JUST CHECK KAT JADUAL DI BAWAH.HARAP2 MUDAH FAHAM YER..



MULAI FEB 2009, PEMBAYARAN BOLEH JUGA DIBUAT KE :

AKAUN CIMB --> 01150073911526 - SITI ZAITUN SUDIN
AKAUN SEDIA ADA --> MAYBANK 162740049214 - MOHAMAD HAL AMIN ABAS

OH YA,SESIAPA YG MINAT NAK G MAKAN MALAM TU CEPAT2 LE INFORM K?..JOM LAH RAMAI2 G..BOLEH BERKENAL2 AN.. SUE, KAK HAZIE, BEAUTY, IJA, IFFA, NATASHA, WANSYA, ROSE(SEKADAR MENYEBUT BEBERAPA NAMA) & SEMUA BEADERS DAN PEMINAT2 SENI SULAM MANIK..JOM AAAAAAAAA..

TQ


Quote:
Beauty --> Insyaallah,jumpa di sana....di sana..di sanaaa..
Kak Nor --> i dah emel u yer kak...
Ain --> Silakaannn...


Friday, 23-Jan-2009 10:08 Email | Share | | Bookmark
PERTANDINGAN MENJAHIT MANIK & MAJLIS MAKAN MALAM ANJURAN FTIMdc



Assalamualaikum..

Sempena ulangtahun ke-10, FTIMdc di bawah kelolaan PN. ROSITA JAAFAR (principal), akan mengadakan PERTANDINGAN PIALA SULAMAN MANIK KRISTAL FTiMdc 2009.

Kepada semua peminat2 seni manik labuci, terutamanya yang telah mendapatkan buku2 tulisan PN ROSITA JAAFAR, jangan lepaskan peluang join pertandingan ini. Jangan malu or rasa rendah diri dengan kemampuan diri sendiri. Mana lah tau rezeki di tangan anda..belum cuba belum tahu taw!!!

Jika tak nak masuk bertanding, tapi nak join majlis makan malam pun boleh. Just isi borang, dan tick mana yang berkenaan. Bayaran utk majlis makan malam ni hanya RM70.

Jom ramai-ramai meriahkan majlis ni. Untuk cari tarikh & masa yang sesuai untuk berkumpul dan bertukar-tukar fikiran dengan rakan sealiran mungkin agak sukar. Maklumlah masing2 ada komitmen. Mungkin inilah masanya!!!

Tarikh : 4 April 2009, Sabtu
Tempat : Menara Yayasan Tun Razak, Tun Rahah Grand Ballroom,1st Floor, Jalan Bukit Bintang, KL
Masa : 8.00pm (malam)
Tema : Tradisi & Glamor


Untuk lebih jelas tentang pertandingan dan majlis makan malam, sila print borang penyertaan di atas..
Jika berminat, hubungi saya -->zalmilah 019-3440384

sekian,terima kasih...


Tuesday, 13-Jan-2009 07:00 Email | Share | | Bookmark
Baju Kak Ieja -2nd

Asal kejadian design ni dari Lavender Aura (request by Liza-tgk di page terdahulu). Tapi saya ubah bunga pada design asal dengan ala2 bunga bintang, untuk sesuaikan dgn corak/bunga pada bahagian badan baju. inilah hasilnya..




[<<  <  1  2  [3]  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net